Hadits Sekitar Sholat
1. Rasulullah s.a.w bersabda : "Sholat
berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada sholat bersendirian dengan 27x
derajat" H.R.Bukhari dan Muslim
2. Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang sholat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit
matahari kemudian sholat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat
pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi
3. Rasulullah
s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk sholat fardhu maka
pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk
sholat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat"
H.R.Attabrani
4. Rasulullah s.a.w bersabda : "2 rakaat
sholat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya"
H.R. Muslim & Tarmizi
5. Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa
yang sholat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan
jasadnya dari api neraka" H.R.Attabrani
6. Rasulullah s.a.w
bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk sholat
maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya.
Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu"
H.R.Attabrani
7. Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang tetap
mengerjakan sholat sunat sebelum dan selepas dhuhur sebanyak 4 rakaat
maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka H.R.Abu Daud &
Tarmizi
8. Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk
dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah
kukunya juga" H.R.Muslim
9. Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat
akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan
melakukan sholat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya
Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H.R.Bukhari
10.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang sholat Isyak berjemaah maka
bagaikan bangun (beribadah) ½ malam dan (pada esok paginya) ia
mengerjakan sholat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan
bangun semalaman (penuh). H.R.Muslim & Ahmad
11. Rasulullah
s.a.w bersabda : "Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian
kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar
dari sholatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya"
H.R.Muslim
12. Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak takutkah orang
yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak
akan digantikan kepalanya dengan kepala kaldai" H.R.Sahih Muslim
13.
Rasullulah s.a.w bersabda : "Sholat dengan bersiwak (mengosok gigi)
lebih afdal (baik) dari 70x sholat tanpa siwak" H.R.Zanjawaih &
Hakim
14. Rasullulah s.a.w bersabda : "Sholat sunat atau fardhu
dengan memakai serban menyamai 25x sholat yang tidak memakai serban dan
sholat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai
serban" H.R.Ibn'Asakir
15. Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat
senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sholat
padanya, selagi ia tidak berhadas" H.R.Bukhari & Muslim
16.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila imam bangun dari rukuk serta
membaca doa, maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu"
kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat,
niscaya diampunkan dosanya yang telah lalu" H.R.Bukhari & Muslim
17.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan
mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sholat pada shaf yang
pertama" H.R. Ahmad & Abu Daud
18. Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat
untuknya sepuluh hasanat" H.R.Abu Dawud
19. Rasulullah s.a.w
bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan sholat dengan sengaja, maka ia
kafir terang-terangan" H.R.Attabrani
Tidak ada komentar:
Posting Komentar