Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan
pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah
S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua
kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah.
Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak
meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji
bahwa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut
riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal
sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan
meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya
upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta
nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untuk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani
engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh
Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil.
Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala
pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau
aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku
padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar berarti aku akan menerima
hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan
Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."
Setelah
dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di
dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu
lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah
berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan
oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi
mukmin yang soleh dan mulia.
Sahabat bisa kah kita seperti itu.???
Tidak ada komentar:
Posting Komentar